Penggodam Jual 1.5 Juta Akaun Facebook

0 ulasan
WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153).
Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300 pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itu sahih.

Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual pada harga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaun sudah dijual.

Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.

Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakan menghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuan lebih serius.

Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat. – Agensi

Tukar wallpaper secara automatik dengan John's Background Switcher

0 ulasan

Guna wallpaper yang sama hari-hari pun bosan juga kan. Jadi, gunakan John’s Background Switcher untuk menukarkan wallpaper desktop anda secara automatik.
Anda boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan.
Pilih gambar yang akan dipaparkan sebagai wallpaper
John’s Background Switcher menyediakan beberapa mod yang menentukan bagaimana gambar-gambar anda dipaparkan. Saya paling suka dengan mod ‘Postcard pile’ yang memaparkan banyak gambar dalam satu wallpaper.
Paparkan gambar dalam mod postcard pile
Anda tidak terhad kepada gambar yang disimpan di dalam komputer sahaja. Malah, John’s Background Switcher boleh mendapatkan gambar secara automatik daripada Facebook, Flickr, Google, dan banyak lagi.
P/S: Terima kasih buat BatWfxyzFlisterz, dan Ajeylia kerana menjadi model dalam wallpaper di atas. Tiada sebarang royalti akan diberikan.

UltraSulf -proxy mudah untuk bypass facebook,youtube,myspace dan sebagainya

0 ulasan

UltraSurf
Sewaktu bekerja di sebuah kementerian kerajaan, saya selalu menghadapi masalah tidak dapat membuka laman web yang tertentu kerana ianya telah disekat.
Kalau laman web seperti Facebook dan YouTube sahaja yang disekat, tak apalah. Namun sekatan adalah dibuat berdasarkan keyword, dan ia sangat menganggu saya dalam mencari maklumat di Internet.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan UltraSurf. Anda cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.
Jika anda ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666
UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb)
Dapatkan UltraSurf di sini.

Cara menggunakan WinToFlash untuk install windows xp,windows vista dan windows 7

0 ulasan

Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.
Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.
Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:

Cara-cara Menggunakan WinToFlash

  • Download WinToFlash dan extract seperti biasa.
  • Buka WinToFlash.
  • Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.
WinToFlash
  • Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ’setup file path’
  • Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘USB Drive’
WinToFlash
  • License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue
win-to-flash-03
  • Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.
win-to-flash-04
  • Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows.
win-to-flash-05
Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.

Permohonan kemasukan PJJ di UTM

0 ulasan

appy-utm.png
Jika anda ingin memohon kemasukan bagi program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Teknologi Malaysia, anda boleh klik di sini.
Program ini juga dikenali sebagai Program Pengajian Separuh Masa (part-time), dan ditawarkan untuk Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
Anda boleh melihat senarai kursus yang ditawarkan beserta tempat pembelajarannya.
Nota: Entri ini bertujuan untuk memudahkan anda mencari link untuk ke borang kemasukan. Biasa la website kerajaan, kena belek 14 kali baru jumpa benda yang nak dicari.

Tukar background 'LOGON' windows 7 anda dengan TweaksLogon

0 ulasan

Sekiranya anda menggunakan Windows 7, anda boleh menukarkan latar belakang (background) ‘Logon Screen’ anda dengan menggunakan perisian ‘TweaksLogon’. Perisian ini adalah percuma, dan anda boleh gantikan latar belakang ‘Logon Screen’ anda dengan apa jua gambar ataupun wallpaper.

Sebelum:
Selepas:

Tanya apa saja di formspring

0 ulasan

Formspring adalah sebuah aplikasi web yang membolehkan sesiapa sahaja bertanya  soalan kepada anda. Anda boleh memilih untuk menjawab atau tidak akan soalan yang diberi. Jika anda memilih untuk menjawab, jawapan tersebut akan dipaparkan kepada umum.
Baru-baru ini Formspring telah menjadi popular kembali, mungkin kerana ia telah menjadikan sesi soal-jawab seperti ini sangat mudah. Malah anda boleh bertanyakan soalan di Formspring secara anonymous, tanpa memerlukan sebarang akaun.
Saya dapati Formspring ini sangat seronok digunakan bersama orang yang anda kenal. Anda boleh gunakannya untuk mengenali kawan anda dengan lebih dekat. Malah, mungkin dengan menjawab soalan dari orang lain, anda boleh mengenali diri anda sendiri dengan lebih dekat :)

Install software pada pc dengan mudah menggunakan aplikasi Ninite

0 ulasan

ninite
Biasanya selepas format komputer pelanggan, saya akan install software yang asas seperti Firefox, Adobe Reader, dan Yahoo Messenger. Jadi saya muatkan kesemua software ini ke dalam pen drive untuk dibawa ke mana-mana. Masalahnya, saya perlu selalu memeriksa koleksi software tersebut supaya ia menggunakan versi yang terkini. Dan kadang-kala saya terlupa juga untuk membawa pen drive.
Cara yang lebih mudah adalah dengan download software terus dari komputer pelanggan. Namun tidak perlulah pergi ke laman web yang berkaitan satu-persatu, kerana Ninite akan melakukannya untuk anda. Laman web Ninite mengandungi pelbagai pilihan software yang paling asas untuk Windows. Anda hanya perlu pilih softwareyang anda mahu dan klik download. Setelah download selesai, buka fail tersebut dan Ninite akan installkesemua software secara automatik.
Jika anda mempunyai sambungan Internet yang stabil, Ninite adalah cara yang sangat menjimatkan masa untuk melengkapkan sebuah komputer baru.

Speed up browser

0 ulasan
Melajukan Speed Browser Internet Anda....
Photobucket

1. Start>Run
2. Type gpedit.msc
3. Click "+" on Administrative Templates
4. Click "+" on Network
5. Click on Folder named "QoS Packet Schedule"
6. On Right Hand Side, Double-Click on "Limit Reservable Bandwith"
7. Click on "Enable"
8. Put "0" on Bandwith Limit.
9. Restart your computer
10. You're Done!

(Berkesan untuk Windows XP SP2 sahaja)

HDMI Cable

0 ulasan

Cable HDMI ini sangat berkualiti kerana menggunakan Plate Bersalut Emas dan mempunyai gelung magnet pada kedua-dua hujung kabel. Kabel in isesuai digunakan bersama Astro B'yond dan PS3. Dapatkan sekarang pada harga promosi yang tentunya murah.RM 60...

USB Output

0 ulasan


Kini tiada masalah lagi untuk mendapatkan paparan kedua untuk pc, tidak perlu menambah graphik kad yang beratus-ratus, tidak perlu menukar mainboard semata-mata inginkan grafik kad crossfire dan sebagainya. Hanya pasang peranti USB ini pada pc ataupun laptop, dan hasilnya anda akan mendapat output display yang baru sehingga resolution tertinggi 1920 pixel. Dapatkan sekarang dengan harga RM360...

Penafian

Jenama, Model dan Spesifikasi yang diberikan didalam blog ini adalah hak milik syarikat berkenaan sepenuhnya, pemilik blog ini hanya menyiarkan untuk tujuan berkongsi maklumat dan berniaga. Sekiranya ada mana-mana maklumat yang tidak tepat dan menyebabkan kerugian dan kehilangan data serta kerosakan pihak kami tidak bertanggungjawab keatas perkara tersebut.