UltraSulf -proxy mudah untuk bypass facebook,youtube,myspace dan sebagainya

0 ulasan

UltraSurf
Sewaktu bekerja di sebuah kementerian kerajaan, saya selalu menghadapi masalah tidak dapat membuka laman web yang tertentu kerana ianya telah disekat.
Kalau laman web seperti Facebook dan YouTube sahaja yang disekat, tak apalah. Namun sekatan adalah dibuat berdasarkan keyword, dan ia sangat menganggu saya dalam mencari maklumat di Internet.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan UltraSurf. Anda cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.
Jika anda ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666
UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb)
Dapatkan UltraSurf di sini.

0 ulasan:

Penafian

Jenama, Model dan Spesifikasi yang diberikan didalam blog ini adalah hak milik syarikat berkenaan sepenuhnya, pemilik blog ini hanya menyiarkan untuk tujuan berkongsi maklumat dan berniaga. Sekiranya ada mana-mana maklumat yang tidak tepat dan menyebabkan kerugian dan kehilangan data serta kerosakan pihak kami tidak bertanggungjawab keatas perkara tersebut.