Tukar wallpaper secara automatik dengan John's Background Switcher

0 ulasan

Guna wallpaper yang sama hari-hari pun bosan juga kan. Jadi, gunakan John’s Background Switcher untuk menukarkan wallpaper desktop anda secara automatik.
Anda boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan.
Pilih gambar yang akan dipaparkan sebagai wallpaper
John’s Background Switcher menyediakan beberapa mod yang menentukan bagaimana gambar-gambar anda dipaparkan. Saya paling suka dengan mod ‘Postcard pile’ yang memaparkan banyak gambar dalam satu wallpaper.
Paparkan gambar dalam mod postcard pile
Anda tidak terhad kepada gambar yang disimpan di dalam komputer sahaja. Malah, John’s Background Switcher boleh mendapatkan gambar secara automatik daripada Facebook, Flickr, Google, dan banyak lagi.
P/S: Terima kasih buat BatWfxyzFlisterz, dan Ajeylia kerana menjadi model dalam wallpaper di atas. Tiada sebarang royalti akan diberikan.

0 ulasan:

Penafian

Jenama, Model dan Spesifikasi yang diberikan didalam blog ini adalah hak milik syarikat berkenaan sepenuhnya, pemilik blog ini hanya menyiarkan untuk tujuan berkongsi maklumat dan berniaga. Sekiranya ada mana-mana maklumat yang tidak tepat dan menyebabkan kerugian dan kehilangan data serta kerosakan pihak kami tidak bertanggungjawab keatas perkara tersebut.